Linda pasti anda sangat inginkan kulit wajah yang lebih muda. Sebab itu, ramai yang sanggup berhabis duit untuk kelihatan muda dan cantik.
Namun anda, boleh ikuti tips wajah lebih muda dengan lebih selamat dan berkesan.
Tips Wajah Lebih Muda Dengan Supplemen
1. Ambil Kolagen
Tahu tak kolagen sangat penting untuk lapisan kulit. Terutama sekali untuk lapisan kulit wajah. Jadi perbaiki struktur dan keanjakan kulit dengan pengambilan kolagen dan vitamin C.
Bila ambil kolagen daripada dalam anda akan dapat manfaat daripada luar. Kulit lebih tegang, anjal yang kulit lebih toing-toing.
2. Vitamin C
Kenapa perlu ambil Vitamin C? Kerana Vitamin C sebagai penyambung kolagen yang akan mempercepatkan proses pembaikan kulit. Jadi hasilnya kurang kedutan dan garis halus pada kulit.
Tahu tak vitamin C ini kaya dengan antioksidan yang mampu menghalang radikal bebas yang boleh merosakan kulit. Paling best, vitamin C juga boleh mencerahkan wajah.
3. Pilih Penjagaan Kulit Wajah
Sekarang ini sudah banyak penjagaan kulit wajah yang dijual dipasaran. Tetapi awas pemilihan produk penjagaan kulit kerana tersalah pilih produk wajah lebih teruk.
Ada saja penjagaan kulit wajah yang mempunyai vitamin dan kandungan bebas bahan kimia. Bahan-bahan ini akan membantu memperbaiki tekstur kulit.
Amalkan penjagaan kulit dengan betul untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik dan sihat. Tetapi extra kulit lebih muda berbanding usia tau.
4. Urutan Wajah
Sambil-sambil cuci wajah jangan lupa urut-urut wajah bagi melancarkan peredaran darah di wajah. Nak wajah berseri perlu urutan bagi meransang penghasilan kolagen dan keanjalan untuk kulit wajah.
5. Bersenam
Janganlah simpan lemak yang tidak sihat untuk tubuh badan. Alangkah bagus kalau anda bersenam 3 kali seminggu. Senaman juga membantu mendapatkan tidur yang lebih lena.
Senaman yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan adalah senaman kardio. Senaman kardio ini bagus untuk paru-paru dan jantung, senaman halangan umtuk fleksibiliti, fokus dan koodinasi.
6. Minum Air Secukup
Air bukan saja penting untuk tubuh tetapi untuk kulit juga bagi mengelakan berlaku hidrasi. 8 gelas sehari cukup membekalkan kelembapkan wajah.
7. Ambil Asid Lemak Penting
Tahu tak asid lemak yang sihat? Asid lemak omega 3 dan 6 yang akan sama-sama membantu menganjalkan kulit. Pengambilan asid lemak omega 3 dan 6 sangat terbaik dalam memberi kelembapan, kecantikan, keanjalan dan keremajaan.
8. Sentiasa Senyum
Senyum adalah pengubat segala masalah yang mampu mengurangkan kedutan wajah. Gembirakan diri dengan cara mudah seperti shopping, makan ice cream atau anda boleh rilex bersama teman-teman.
Atau anda boleh menari dengan alunan muzik yang romantik dan rancak.
Tips wajah lebih muda ini sangat mudah. Anda boleh lakukan bersama-sama dengan orang yang tersayang. Let’s enjoy with muzik.