Tips kecilkan pori wajah ada yang tradisional mahu pun moden. Pori wajah besar sangat mudah untuk kena jangkitan bakteria pada wajah. Ini kerana mempunyai jenis kulit berminyak yang mudah untuk memerangkap kotoran.
Jadi hari ini Linda nak kongsi dengan anda tips kecilkan pori wajah. Tips ini akan membantu mengurangkan risiko kulit berjerawat dan membersihkan pori wajah.
Tips Kecilkan Pori Wajah Dengan Cepat
1. Exfoliate
Cari pencuci wajah yang mempunyai exfoliate. Kerana ia dapat membantu menanggalkan sel kulit mati secara semulajadi.
Bila pori wajah mengecil dan bersih tidaklah ada blackhead dan whitehead yang bermaharajalela di wajah. Bila skrub wajah pastikan dengan cara lebih lembut ia akan membantu kulit lebih lembut dan licin.
Kolagen bantu kecilkan pori wajah
2. Retinol A
Tahu tak retinol atau vitamin A sebenarnya sangat baik untuk mengecilkan pori wajah tau. Bukan saja pori lebih kecil tetapi ia dapat membantu meningkatkan kolagen dalam kulit. Sekaligus, wajah lebih terasa tegang dan lebih anjal.
Krim malam Youth bantu rawat kulit wajahÂ
3. Sunscreen
Anda perlu tahu berada lebih lama dibawah cahaya matahari boleh memusnahkan sel kulit. Selain itu, pori wajah pun mudah terbuka dan kulit lebih terdedah kepada radikal bebas.
Jadinya, anda perlu pilih sunscreen yang yang mempunyai SPF 50 bagi orang Asia untuk melindungi kulit. Supaya kulit wajah lebih terjaga dan terlindung daripada terdedah kepada matahari.

Dah tahukan macam mana nak kecilkan pori wajah. Semua perlindungan kulit bermula daripada asas penjagaan kulit.
Penjagaan kulit asas yang perlu anda gunakan adalah pencuci wajah, toner, pelembap yang mempunyai SPF dan krim malam. Bila asas penjagaan ini kukuh jadi kulit lebih terlindung dan terjagaan.