Vitamin Zink Plus

Tips Elak Rambut Gugur Atasi Dengan Vitamin Zink Plus Shaklee

Mengalami masalah rambut gugur adalah masalah yang normal bagi semua wanita. Wanita paling gemar untuk melaburkan wang untuk membeli produk syampu dan pergi rawatan salon tetapi masalah rambut gugur tidak selesai juga.

Tips Elak Rambut Gugur

Tips elak rambut gugur ini akan membantu menyelesaikan masalah anda daripada terus dibelenggu kerisauan. Terutama wanita yang bertudung.

Tips Elak Rambut Gugur Untuk Wanita Berhijab

 

1. Elakkan Terlalu Kerap Sikat Rambut

Tahukan rambut senang gugur, jadi jangan sikap rambut terlalu kerap. Sekiranya, hendak sikat pastikan tidak merentap rambut terlalu kuat.

Gunakan sikat yang mempunyai gigi jarang. Cara ini akan membantu mengurangkan jumlah rambut gugur dengan banyak.

Tips Elak Rambut Gugur

2. Makanan Tinggi Protein

Ambil makanan yang tinggi protein seperti kekacang, soya, daging dan ikan yang mempunyai sumber protein. Makanan yang mengandungi protein turut ditemani dengan B-12 yang baik untuk kuatkan dan pertumbuhan rambut.

3. Elakkan Guna Haba Pada Rambut

Penggunaan mesin pengering rambut boleh melemahkan akar dan mematahkan rambut. Seeloknya keringkan rambut dengan cara biarkan kering sendiri dengan udara.

Tips Elak Rambut Gugur

4. Banyakkan Minum Air Putih

Minum air bukan sekadar untuk tubuh badan lebih segar tetapi ia juga penting bagi menyalirkan kelembapan pada rambut. Malah dengan minum dengan kuantiti yang secukupnya dapat menggalakkam rambut lebih cepat tumbuh.

5. Jangan Ikat Rambut Dengan Kuat

Seeloknya menggunakan getah rambut yang diperbuat daripada fabrik baldu. Sewaktu mengikat rambut pasti sedikit longgar dan juga ada jarak ikatan getah dengan kulit kepala.

6. Cuci Rambut Selang 3-5 Hari

Seeloknya cuci rambut selang 3 hingga 5 hari kerana dengan kekerapan mencuci rambut akan menarik keluar minyak semulajadi yang dihasilkan kulit kepala. Sekaligus, boleh menyebabkan rambut kering dan mudah gugur.

Tips elak rambut gugur tadi boleh dikawal dengan pengambilan supplement sekiranya rambut gugur dengan banyak. Kerana semakin tebal rambut semakin lemah akar rambut bagi menampung panjang rambut.

Tips Elak Rambut Gugur

Pengambilan supplement seperti zink dan protein sangat penting. Kerana dua supplement ini akan membantu menguatkan akar dan memberikan nutrien secukupnya untuk rambut.

Vitamin Zink Plus Bantu Kurangkan Rambut Gugur

Kenapa saya kata zink plus sangat penting untuk kurangkan rambut gugur?

Kerana, dalam badan anda kekurangan zink yang menyebabkan folikel rambut mudah rapuh.

Vitamin zink plus ini akan membantu menggalakkan sintensis DNA dan RNA dalam sel rambut. Jadi dengan mendapat sokongan division atau pembahagian sel rambut akan kembali lebih kuat dan lebat.

Jadi, saya sangat galakkan anda untuk mengambil zink plus sebagai salah satu kompenan penting bagi mengaktifkan sel-sel rambut anda tumbuh dengan kebih sihat dan subur.

Kesimpulannya, pada zaman milenium ini tubuh badan memerlukan vitamin tambahan bagi mencukupkan keperluan tubuh badan dan rambut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge