Kemurungan boleh rasa seperti mengalirkan tenaga dan harapan yang buat anda rasa kosong, sedih dan tidak berdaya. Tanda dan atasi kemurungan wanita adalah sangat rumit melibatkan pelbagai faktor.

Tanda dan atasi kemurungan

Tetapi anda boleh ambil langkah berjaga-jaga supaya anda lebih berasa yakin dan menikmati kehidupan harian anda.

Dalam kajian telah menunjukan satu daripada lapan wanita akan mengalami tanda kemurungan ketika mereka tidak bersendirian.

Jadi sangat penting untuk anda mengetahui tanda-tanda dan gejala menyebabkan berlaku kemurungan. Dengan cara ini, ia dapat mengubati dengan lebih berkesan dan menghalang daripada terus berlaku kemurungan.

Tanda Dan Gejala Kemurungan Wanita

  • Terlalu tertekan
  • Tidak aktif dengan aktiviti
  • Kelihatan keletihan dan tidak bertenaga
  • Tidak selera makan dan berat badan turun mendadak
  • Perubahan tidur (kurang tidur atau lebih tidur)
  • Tidak memberi perhatian
  • Selalu berfikir untuk bunuh diri atau suka bercakap perkara negatif

Rujukan 65 perkara anxiety

Jangan risau sekiranya anda dapat salah satu tanda diatas boleh ubatinya dengan semulajadi atau berjumpa dengan pakar.

Atasi Masalah Kemurungan Wanita Yang Anda Boleh Lakukan Sendiri

1- Menyokong Kesihatan Anda

Anda boleh lakukan pelbagai aktiviti bagi memberi tenaga dan kegembiraan dalam diri anda. Ia termasuk dengan gaya hidup sihat, menguruskan tekanan, banyakkan aktiviti bersama-sama rakan.

Tanda dan atasi kemurungan

Tetapkan tidur selama lapan jam. Kemurungan ini biasanya melibatkan kekurangan tidur, tidur tidak lena dan terlalu banyak fikir. Dengan anda dapat tidur secukupnya ia dapat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

2- Makan Makanan Berkhasiat

Anda perlu ubah cara pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Anda juga bileh tambah supplemen untuk melegakan gejala kemurungan. Kurangkan pengambilan garam, kafein dan minuman karbohidrat.

3- Vitamin Tambahan

Pengambilan vitamin B yang lengkap dengan asid folik dan B -12 dapat mengurangkan masalah kemurungan. Anda boleh dapatkan vitamin B dengan pengambilan buah sitrus, sayur-sayuran berdaun, kekacang, ayam dan telur.

Makanan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 dapat meningkatkan mood. Asid lemak Omega-3 sangat memainkan penting dalam menstabilkan mood.

Tanda dan atasi kemurungan

Anda boleh dapatkan daripada sumber ikan berlemak seperti salmon, makarel, ikan sardin, ikan tuna dan beberapa jenis lagi. Anda boleh dapatkan supplemen minyak ikan sebagai supplemen tambahan.

Zat besi juga boleh merendahkan kadar kemurungan. Seperti kerengsaan, keletihan dan sukar beri tumpuan. Dapatkan zat besi daripada daging merah, buah-buahan kering, sayur-sayuran dan kekacang.

4- Hirup Udara Segar

Apa kata waktu pagi anda hirup udara segar sebelum pergi kerja atau mula kerja harian dirumah. Dengan cara ini ia dapat meningkatkan tahap serotonin dan tenangkan diri anda.

Tanda dan atasi kemurungan

Berikan 15 minit untuk anda berada di cahaya matahri pada waktu pagi. Serti berjoging atau jalan-jalan sekitar taman. Tetapi sebelum keluar tu pakai pelindung matahari supaya kulit terpelihara.

5- Berfikiran Positif

Elakkan diri daripada terus berfikiran negatif. Ia akan buat diri anda lebih agresif sehingga anda boleh lakukan apa saja tanpa anda sedar. Jadi bagaimana nak sentiasa positif?

Anda boleh luahkan perasaan kepada orang yang anda sayang. Anda nak seronok anda boleh cari kucing sebagai terapi kepada ketengan pada diri anda.

Tanda dan atasi kemurungan

Atau lebih suka bercucuk tanam. Berkebun dengan menanam pokok bunga dan sayuran juga boleh memberi kepuasan pada diri anda daripada terus berfikiran negatif.

Tetapi sebagai orang islam jalan terbaik untuk berfikiran positif anda boleh berselawat, berzikir atau baca al quran supaya diri anda lebih tenang. Hadirkan diri ke kelas agama juga membantu memberi terapi ketenagan diri.