Skincare YOUTH Skincare Youth Uncategorized YOUTH Skincare

Rawatan Spa Dirumah Dengan Youth Mask Shaklee

 

Jom buat sendiri rawatan spa di rumah dengan menggunakan Youth Mask. Awal bulan Jun 2019 dah launching secara rasmi di pasaran Malaysia tau. Dan permintaan sangat tinggi.

Youth Mask ini terdapat 2 jenis mask dan ia telah terjual di pasaran USA. Benda baru dekat Malaysia pastinya memang tengah hot. Antara jenis Mask ini ialah:

2 Jenis Mask Untuk Rawatan Spa Dirumah

✔ Purifying Clay Mask (warna hitam)
✔ Hydrating Gel Mask (Warna gold)

Rawatan Spa Dirumah

Kalau anda nak tahu mask ini diperbuat daripada tanah liat dari Jeju Volcanic tau. Tahu tak Jeju dekat mana?

KOREA ok!

Di Jeju sangat terkenal dengan mask ni. Fungsi sebenar mask ini untuk detoks kulit dan bersihkan pori. Apabila anda menggunakan Youth Mask ini anda akan mendapatkan tiga manfaat yang terbaik untuk kulit wajah.

  • Cepat
  • Berkesan
  • Menenangkan

Youth Mask direka untuk anda, menangani masalah kulit wajah sambil menawarkan lebih banyak nutrien yang sangat bermanfaat untuk kulit wajah agar kelihatan lebih muda dan jelita.

Kelebihan Purifying Clay Mask (Kulit Jenis Jerawat, Jenis Berminyak)

Purifying Clay Mask sangat membantu menyahtoksin dan membersihkan kulit wajah anda.

Ia telah dirumus khas dengan campuran 3 jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang halus dan abu guhung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di lautan Pasifik.

Bagusnya Purifying Clay Mask ini ia akan membantu menyingkirkan segala bahan kotoran, lebihan sebum dan akan membantu meminimumkan saiz liang pori wajah.

Jadi selepas anda menggunakan mask ini anda akan merasakan dan menikmati kulit yang lebih licin dan bersih tanpa menghakiskan atau mengeringkan kulit wajah anda.

Maknanya kalau anda jenis kulit banyak jerawat, blackhead, whitehead tu, memang sesuai sangat untuk gunakan Purifying Clay mask.

Selepas anda gunakan mask ini pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya kerana Purifying clay mask ini akan korek segala mak nenek kotoran yang mendap dalam pori kulit.

Fuh! Kulit jadi lebih bersihh macam baru lepas buat rawatan Spa. Jimat duit tak perlu kos untuk ke spa lagi.

Tetapi selepas gunakan mask ini kenalah terus sapu wajah dengan moisturizer. Sebab selepas guna mask ini ia akan menyerap sebum dari kulit.

Baca: Mask Muka Untuk Kulit Jerawat

Kelebihan Hydrating Gel Mask (Jenis Kulit Kering)

Hydrating Gel Mask pula sangat membantu melegakan dan menyegarkan semula kulit wajah agar kelihatan lebih berseri, terhidrat dan segar.

Ia gel berwarna emas yang telah diadun bersama bahan campuran asid hialuronik, jus daun aloe vera dan gabungan beberapa jenis herba.

Seperti Centella Asiatica dan ekstrak Chamomile yang akan membantu melembapkan kulit dengan lebih sihat, glowing, dapat kurangkan dan melegakan masalah kulit yang selalu menggelupas dan menjadikan kulit lebih anjal dan muda.

Rawatan Spa Dirumah Dan Kenali Jenis Kulit Untuk Youth Mask

Semua orang mempunyai jenis kulit yang berbeza antaranya:

  1. Kulit berminyak
  2. Kulit kombinasi
  3. Kulit kering

Jadi sangat penting untuk anda tahu jenis kulit yang macam mana boleh gunakan mask supaya anda dapat kesan yang optima terhadap kulit anda.

Jenis Kulit Berminyak

Dengan cuaca Malaysia yang panas sepanjang tahun dan terdedah kepada pencemaran alam sekitar sangatlah mendorong orang lelaki dan wanita mempunyai kulit berminyak. Pendedahan seperti asap kenderaan, kilang dan pembakaran terbuka ia boleh menyebabkan kulit mudah berjerawat.

Jadi nak bersihkan kulit dan menyahtoksi secara menyeluruh, Purifying Clay Mask sangat-sangat membantu membersihkan kulit wajah anda.

Selain itu, sebum yang tersumbat di bahagian liang pori sebagai rawatan untuk menarik kotoran dan mengelakan kulit berminyak dan berjerawat.

Jenis Kulit Kombinasi

Dengan menggabungkan kedua-dua jenis mask ini ia sangat bagus untuk jenis kulit kombinasi.

Kerana sesetengah kulit wajah akan menghasilkan kulit berminyak dan berjerawat. Sebagai contoh di bahagian dahi, dagu dan hidung anda boleh gunakan Purifying Clay Mask.

Manakala bagi yang kulit kering dibahagian kawasan pipi anda boleh gunakan Hydrating Gel Mask.

Jenis Kulit Kering

Bekerja di ruangan berhawa dingin yang terlalu lama boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

Dengan menggunakan Hydrating Gel Mask ia sangat sesuai untuk membantu menghidratkan kulit sekaligus, menjadikan kulit lebih berseri dan segar sepanjang hari.

Mudahkan rawatan spa dirumah dengan mengunakan Youth mask ini?

Berapa Harga Youth Mask Untuk Rawatan Spa Dirumah?

Untuk perlancaran buat kali pertama Youth Mask di jual dengan harga runcit adalah RM297.50 untuk 2 jenis mask yang anda boleh kombinasi.

Dengan pembelian set Youth Mask ini anda akan dapat PERCUMA:

  1. Youth Organza Bag
  2. Youth Facial Brush
  3. Youth Mask Usage Guide

Untuk pembelian yang lebih murah dan jimat, anda boleh terus daftar sebagai ahli Shaklee dan anda layak untuk beli set Youth ini dengan jimat sehingga 20% potongan harga.

Apa Kata Mereka?

 

Berminat untuk dapatkan vitamin atau produk skincare Youth? Boleh terus WhatsApp Linda untuk maklumat lanjut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge