Collage Shaklee Collagen Serum Rambut Shaklee Vitalea vitamin zink Vivix

Punca Rambut Gugur Wanita Berhijab

Rambut gugur bila tiap kali buka tudung? Nak sikap pun jadi tak berani. Rambut gugur hampir 50-100 helai sehari. Takut pulak dengarnya bukan sikit kalau gugur rambutnya. Silap- silap boleh botak.. Huhu…

Saya sendiri kalau rambut gugur yang berlebihan saya akan mula risau. Jadi sebelum masalah berlarutan jom kenali punca sebenar rambut gugur. Jadi mudahlah untuk kita mengubatinya.

A- Hormon

Kalau anda nak tahu hormon seks wanita merangsang pertumbuhan rambut untuk menjadi tebal. Selain Hormon estrogen, wanita juga menghasilkan hormon androgen dalam jumlah yang sedikit. Jika anda tertekan hormon adrogen ini menjadi aktif sekaligus mempengaruhi rambut untuk gugur. Jika terlalu serius doktor akan memberi pil anti- androgen. Nak yang semulajadi anda perlu dapatkan rehat yang secukupnya bagi mengurangkan tekanan.

B- Produk

Sejak azali lagi rambut kita dilahirkan dalam keadaan yang kuat. Akar rambut menjadi lemah sekiranya anda kerap menukar warna rambut, kerap tukar produk penggayaan rambut dan banyak lagi. Dengan ini boleh menyebabkan rambut mudah putus dan rambut gugur. Perlu gunakan syampu yang sesuai dan hadkan masa penggayaan rambut.

C- Kekurangan Vitamin

Ambil makanan yang seimbang bagi kesuburan rambut anda. Amalkan permakanan berkhasiat seperti bijirin penuh, buah- buahan dan sayur- sayuran. Tambahkan protein yang tinggi seperti yogurt, daging, ikan dan tauhu. Atau ambil makanan tambahan khas untuk rambut iaitu, Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.

Vitamin Untuk Rambut Gugur Elak Cepat Botak

D- Terlalu Kuat Ikat Rambut

Sangat penting kalau anda berambut panjang jangan terlalu kuat mengikat rambutnya. Ini kerana akar rambut boleh menjadi lemah dan boleh menyakitkan kulit kepala anda. Setelah buka tudung lepaskan ikatan rambut agar memberi nafas pada kulit kepala anda.

Saya juga amalkan vitamin tambahan agar rambut saya kekal sihat cantik dan menawan.

Nak lagi mudah dan berbaloi jom dapatkan supplement yang boleh atasi masalah rambut gugur anda.

Pertanyaan/Order

Whataspp saya sekarang di 0179416675 atau klik WhatAspp

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge