Uncategorized

Penjagaan Kulit Wajah Lelaki Jadi Tarikan Wanita

Sebut saja pasal penjagaan kulit wajah mesti kita fikir wanita saja yang selalu titip beratkan penjagaan. Hakikatnya lelaki zaman sekarang sudah mula menjaga keterampilan agar sentiasa segan dan kemas. Terutama bahagian wajah mereka.

Walaupun lelaki lebih cenderung untuk bergerak pantas bersiap tetapi mereka akan memastikan diri mereka sentiasa kemas sebelum keluar pergi kerja. Bukan kerana ingin bersiap cepat tetapi kulit wajahkerjng, berminyak, kusam tau. Ingin tampil seperti lelaki maskulin saya akan kongsikan cara penjagaan kulit wajah bagi lelaki.

Cara Penjagaan Kulit Wajah lelaki


1- Membersihkan Kulit Muka
Membersihkan muka satu kemestian! Ia perlu dicuci setiap pagi dan malam sebelum anda tidur. Kotoran pada kulit wajah kita tidak boleh nampak tetapi kita boleh rasa keadaan kulit sama ada berminyak ataupun kering. Bekerja dengan keadaan terdedah kepada kotoran debu-debu, asap kenderaan, semua ini kotoran yang boleh melekat dan merosakan kulit.

Elakan daripada mencuci muka menggunakan sabun mandi. Ia boleh mengeringkan kulit wajah. Carilah pencuci muka yang bersesuai dengan kulit .

2- Berhenti membeli pisau cukur yang murah
Mengikut kajian, lelaki akan mencukur sebanyak 5 kali seminggu. Pilih pisau cukur yang sensitiviti kulit anda dan kekasaran kulit janggut anda.

3- Krim after-shave rakan baru anda yang terbaik
Krim after-shave ini dapat menghidratkan dan menenangkan kulit. Pilih after-shave yang bebas alcohol kerana ia mudah mengeringkan kulit.

4- Jangan ponteng pelembap wajah
Jika ingin kelihatan seksi dihadapan perempuan anda perlulah rajin-rajin memakai pelembap. Jika wanita sentuh tidaklah rasa kulit anda seperti kertas pasir?.

5- Pelindung kulit wajah.
Carilah pelembap yang berSPF 30 kerana dapat melindungi diri anda daripada sinaran UV.

Mungkin cara krim perlindung diri ini agak janggal bagi sesetengah lelaki. Tetapi yakinlah bahawa dengan krim ini dapat membantu melindungi kulit daripada rosak.

Zaman sekarang jangan kata lelaki yang menjaga keterampilan lelaki lembut. Lelaki diluar sana perlu ubah daya pemikiran anda sekarang ini. Jadikan lelaki Korea sebagai inspirasi agar anda kelihatan lebih menarik lagi. Walau dengan cara pemakaian anda boleh tiru atau ikut style kenapa kulit muka anda?

Dihantar dari tablet Xperia™ saya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge