ESP kelebihan vivix kesihatan diri kulit lebih cerah Omega Guard

Makanan Cara Anda Untuk Dapat Kulit dan Kesihatan Lebih Sihat Dengan Vitamin Natural Shaklee

Berapa banyak yang anda makan untuk dapatkan kulit yang sihat? Jumlah makanan itu akan memberi impak besar kepada tahap kesihatan anda.

Atas kajian yang telah dilakukkan kajian kesihatan menyokong pilihan makanan dan pemakanan yang baik. Ia juga memberitahukita bagaimana pilihan tersebut dapat meningkatkan tahap otak, hati, pencernaan, kawalan gula darah dan juga untuk panjang umur. Bila badan sihat ia memudahkan kita untuk beribadat.

Bagaimana Dengan Kulit Anda?

Makanan yang lebih baik boleh menyamai kulit yang sihat, lebih kekal muda dan lebih bersemangat. Ia adalah hasil daripada penyelidikan kesihatan kulit.

Dieat yang anda lakukan juga mempengaruhi keseimbangan terhadap hormon, keradangan dan detoks sama ada kulit lebih sihat(atau tidak), kedutan, ataupun kulit lebih bercahaya (glowing)

Ya. Anda yang akan mempengaruhi kulit anda melalui makanan. Bagaimana?

◽ Karbohidrat sebenarnya makanan yang sihat. Tetapi ia telah di proses sehingga menjadi gula. Gula boleh meningkatkan tahap kerosakan radikal bebas dan protein gliserol. Gliserol adalah protein yang tersembunyi dan ia sangat bahaya. Sebab ia akan berada di seluruh tubuh terutamanya di bahagian pada kulit.

◽Protein ia seperti kolagen dan elastin adalah kompenan utama untuk rambut, kulit, kuku anda. Protein sangat penting dalam diet untuk sokongan. Pilihlah protein yang mengandungi ikan, ayam dan daging.

◽Lemak sangat bahaya pada kulit iaitu lemak trans yang boleh dapati daripada makanan yang diproses dan juga pada marjerin. Nak kulit sihat perlu ambil Omega-3 ia boleh dapati di dalam minyak ikan. Fungsinya membantu sel- sel kulit berfungsi dengan lebih baik. Mengambil minyak zaitun juga mampu mengurangakn masalah kulit.

◽Buahan dan sayuran perlu diambil perhatian  khususnya nutrien yang baik untuk tubuh badan kita. Diet yang tinggi dengan sayur-sayuran dan kekacang menunjukan tahap baik kepada kesihatan kulit.

◽Resveratrol adalah polifenol khas yang terdapat dalam minuman wain merah dan juga buah-buahan tertentu. Resveratrol telah menunjukkan dalam kajian ia dapat melindungi kulit daripada kesan radikal bebas.

◽Teh hijau mengandungi sebatian bioaktif. Seperti polifenol, flavonoid dan katekin yang bercungsi sebagai antioksidan yang kuat bagi meningkatkan peredaran darah.

◽Protein soya yang telah dikaji dan didapati dapat membantu mengurangkan kedutan kehalusan kulit dan dapat meningkatkan keanjalan kulit. Hasil daripada penyelidik telah mendapati bahawa 40mg kacang soya isoflavon minum setiap hari seolah dapat melihat perubahan positif pada kulit.

◽Air adalah kebaikan yang terbesar kepada kulit anda. Seharusnya kita perlu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Jadi anda harus bijak dalam memilih makanan seharian anda. Makanan yang anda makan bukan saja menyediakan nutrien untuk kehidupan tetapi sebagai menyokong tahap kesihatan, termasuklah kesihatan kulit yang lebih sihat.

Jadi luahkan sedikit masa untuk anda mendapatkan nutrien yang membantu kulit anda kekal sihat sepanjang hidup anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge