Ostematrix Vitamin

Kuatkan Tulang Dengan Kalsium Saja Tidak Cukup?

Kita semua memerlukan kalsium yang secukupnya bagi bagi kuatkan tulang. Tapi tahukah anda, berdasarkan kajian, mereka yang hanya mengambil kalsium mempunyai risiko osteoporosis lebih tinggi bagi yang tidak ambil.

Kuatkan Tulang

Selama 12 Tahun kajian Harvard menunjukkan wanita yang meminum susu 3 kali sehari lebih terdedah kepada masalah patah tulang berbanding wanita yang jarang minum susu.

Kajian yang sama juga dilakukan di Sydney, Australia pada tahun 1994. Tetapi ujian ini dilakukan kepada kedua-dua warga emasnlelaki dan wanita. Kajian menunjukkan mereka hanya mengambil produk tenusu setiap hari lebih terdedah kepada risiko patah tulang.

Bagaimana ia boleh berlaku? Dan apa pula cara terbaik untuk kuatkan tulang?

Selalu kita dengar, dengan minum banyak susu (ambil kalsium) setiap hari dapat mencegah masalah osteoporosis betulkan?

Hakikat sebenarnya, nak kuatkan tulang bukan dengan pengambilan kalsium setiap hari. Tetapi, yang lebih penting adalah berapa jumlah kalsium yang ‘masuk’ dan simpan dalam tulang.

Anda rasa ada cara tak nak kuatkan tulang?

Ada tetapi, anda kena terus membaca bagi mengetahui cara bagaimana kuatkan tulang.

6 Cara Bagi Kuatkan Tulang

1# Sumber Kalsium

Sumber kalsium terbaik adalah daripada sayur-sayuran hijau. Sumber makanan daripada sayuran mempunyai kalsium yang tinggi penyerapannya. Jadi pastikan anda mendapatkan daripada sumber yang kaya dengan kalsium.

Kuatkan Tulang

2# Senaman

Senaman bukan hanya untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Tetapi, ia juga membantu kuatkan tulang. Jadi, senaman secara berkala adalah cara terbaik untuk kalsium simon ke dalam tulang.

3# Vitamin D Yang Cukup

Nak kuatkan tulang adalah pentingnya mendapatkan vitamin D. Kerana pembentukan tukang yang kuat adalah dengan vitamin D mengawal penggunaan kalsium dalam badan.

Nak dapat vitamin D yang cukup perlulah dedahkan kulit dengan cahaya matahari pagi. Didalam susu juga mempunyai Vitamin D cuma amaunnya tidak dikawal dengan baik.

Baca label sebelum beli susu kerana saranan harian untuk vitamin D adalah 600IU bersamaan dengan 5 mikrogram sehari.

4# Kurangkan Garam

Pengambilan garam berlebihan boleh mengurangkan kalsium melalui buah pinggang. Kerana, secara semulajadi, kalsium ini akan larut ke dalam darah sekaligus akan bawah ke buah pinggang bagi menyingkirkan melalui air kencing.

5# Dapatkan Protein Dari Sumber Tumbuhan

Kenapa perlu ambil sumber protein dari tumbuhan?

Kerana sekiranya protein itu berlebihan ia boleh menyebabkan kalsium mudah hilang dengan cara melalui air kencing. Jadi kurangkan pengambil protein daripada sumber haiwan.

6# Tidak Merokok

Kajian menunjukkan seorang perokok lebih 40% berisiko untuk patah tulang.

Jadi bukan tulang saja tidak elok malah tahap kesihatan pun akan terjejas. Say No To Smoking

Kuatkan Tulang

Kesimpulannya, pengambilan kalsium secukupnya daripada sumber-sumber yang kaya dengan kalsium ada cara terbaik bagi mencegah osteoporosis.

Kuatkan Tulang

Sumber:

NCBI : Bone Health and Osteoporosis
Physicians Commitee for Responsible Medicine

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge