Ostematrix Vitamin C Vitamin E vitamin zink

Bagaimana Vitamin C Membantu Ketika Coronavirus?

Seperti kita semua tahu pada perayaan tahun baru cina 1 dunia digemparkan dengan virus terbaru iaitu Novel Coronavirus (2019 nCoV). Yang mana coronavirus ini boleh membawa maut. Bagaimana vitamin C membantu ketika coronavirus?

Apa itu Coronavirus (COV)?

Coronavirus merupakan famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema hingga ke penyakit yang lebih teruk MERS-COV dan SARS-COV

Manakala, Novel Coronavirus 2019 nCoV ini pula merujuk kepada spesis baru yang belum pernah kita temui sebelum ini (emergent) atau kata mudah ia boleh mengembang dari famili yang sama tetapi ia berbentuk lain (extant).

Novel Coronavirus di China ini tidak sama tau dengan influenza di Malaysia tetapi kedua-dua penyakit adalah sama.

Bolehkah vitamin  C membantu kita melindungi daripada novel coronavirus 2019 nCoV ini? Bagaimana pula vitamin C membantu?

Cara Penyebaran Novel Coronavirus

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), apabila seseorang telah dijangkiti oleh coronavirus ianya mudah tersebar kepada orang sekeliling.

Virus ini boleh merebak sesama haiwan dan manusia. Ia juga boleh berlaku apabila kita berhampiran atau kita sentuh dengan orang yang dijangkit. Oleh itu, kita semua dinasihatkan agar berjaga-jaga dari awal.

Bagaimana mencegah dari dijangkiti coronavirus?

  • Sering mencuci tangan dengan bersih
  • Rajin minum air kosong
  • Elakkan bersentuhan dengan orang yang ada gejala seperti demam, sesak nafas, batuk dan selsema
  • Jangan sentuh haiwan liar
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk

Paling penting tingkatkan imuniti badan dengan pengambilan Vitamin C untuk mencegah dari awal dan melindungi diri daripada wabak coronavirus.

Bagaimana vitamin C membantu ketika coronavirus?

Untuk pengetahuan anda semua, vitamin C ini akan membantu merangsang dan meningkatkan sistem imuniti badan kita. Apabila sistem imun badan sudah kuat, ia jadi tidak mudah untuk dijangkiti oleh sebarang luar seperti virus contohnya.

Sekiranya dijangkiti virus, sistem pertahanan badan  akan mengahalang dan meminimumkan simptom-simptom virus saat menyerang tubuh badan kita.

Faham tak?

Kata mudahnya macam ini tau, virus tak boleh mati tetapi ia boleh dinyahaktifkan. Vitamin C ini akan mengganggu proses replikasi virus.

Replikasi virus ialah pembentukan virus biologi semasa proses jangkitan di sel-sel tuan rumah sasaran. Virus mesti masuk ke dalam sel sebelum replikasi virus dapat berlaku.

Jadi, vitamin C akan mengganggu DNA dan RNA virus. Vitamin C ini akan kacau proses tu supaya virus tak bertambah jadi banyak.

Semasa proses replikasi, virus ini akan keluarkan toksin yang menyebabkan berlakunya keradangan dalam badan. Lagi sekali vitamin C akan membantu dengan cara meneutralkan toksin yang dikeluarkan oleh virus tadi.

Jadi, korang nampak tak pentingnya makan vitamin C dengan konsisten setiap hari supaya kita boleh elak dari huru hara kesihatan diri akibat virus.

2 orang yang berada dalam enviroment yang sama, tapi tak semestinya kedua-duanya jadi sakit akibat virus. Bagi yang tak cukup vitamin C dalam badan biasanya akan rapuh (fragile) dan mudah sakit.

Yang cukup vitamin C pula, dia akan lebih relax sikit la. Kalau terkena jangkitan pun, insya Allah akan lebih cepat sembuh. Jadi pastikan, setiap iai rumah anda makan vitamin C.

Berapa Dos Dan Bagaimana Vitamin C Ini Membantu Ketika Coronavirus?

Untuk rujukan lebih tentang kebaikan vitamin C ketika coronavirus ini anda boleh terus rujuk di laman web ini. Merujuk kepada artikel yang terbaru ini, https://orthomolecular.activehosted.com/index.php?action=social&chash=9b8619251a19057cff70779273e95aa6.134&s=65f6b1ef68cc17950d38cff92a1ab905

Cadangan yang dinyatakan dalam artikel Orthomolecular bahawa dose vitamin C adalah sebanyak 3000mg vitamin C. Memang agak tinggi dos yang dicadangkan tetapi jangan risau sebab vitamin C ini sifatnya larut air dan badan kita juga tidak boleh, menghasilkan sendiri vitamin C.

Jadi, sumber vitamin C kita boleh ambil dari luar seperti buah dan supplemen. Untuk supplemen vitamin C ini, kita boleh ambil secara berasingan.

Sebagai contoh, vitamin C yang biasa linda makan adalah vitamin C plus 500mg akan ambil selang 4-5 jam sekali. Jika 3000mg vitamin C, maka linda akan ambil sebnyak 6biji sehari dalam jarak masa 4-5 jam sekali ambil.

Lain-lain vitamin yang dinayatakan dalam artikel Orthomolecular adalah:

  • Vitamin D3- 200IU
  • Magneisum- 400mg
  • Zinc- 20mg
  • Selenium- 100mcg

Kesemua ini akan berupaya untuk mengukuhkan lagi sistem imuniti tubuh badan sekaligus akan membantu melindungi dari novel coronavirus. Jika korang masih ada simptom-simptom coronavirus ini segeralah ke hospital berdekatan anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge