Collage Shaklee ESP rambut gugur rambut jadi botak Rambut Kekal Sihat Syampu Shaklee Vitalea vitamin rambut gugur vitamin zink Vivix

9 Cara Elak Rambut Gugur Dengan Vitamin

Kali ni saya nak kongsikan cara macam mana nak elakkan rambut gugur dan macam mana nak dapatkan rambut yang sihat, lebat & bersinar.

Tak perlu rawatan di salon yang mahal-mahal, tak perlu berulang-alik untuk temujanji dengan hair stylish pun kita boleh dapatkan rambut yang cantik dan perlihara rambut kita daripada gugur yang teruk kalau kena caranya.

Yang pentingnya, produk penjagaan rambut macam syampu & kondisioner kenalah guna yang terbaik dan bebas daripada bahan kimia yang bahaya tu. Sebab bahan kimia tu pun boleh jadi punca kepada masalah rambut jugak. Tidak kurang juga jangan lupa ambil supplement tambahan.

Cara Elakkan Rambut Gugur

1. Anda perlu cuci rambut menggunakan syampu yang berkualiti. Ramai yang beranggapan bahawa mencuci rambut terlalu kerap boleh menyebabkan rambut menjadi kering, hilang minyak semulajadi yang terkandung pada rambut dan merosakkan rambut. Syampu rambut anda selang sehari! Sesetengah orang hanya mencuci rambut 2 kali seminggu.

Gunakan syampu yang tidak mengandungi sulfates atau parabens. Sulfates adalah bahan kimia yang menjadikan syampu banyak buih. Parabens adalah pengawet yang boleh menyebabkan iritasi kepada mata sekiranya terlalu kerap digunakan. Kedua-dua bahan kimia ini adalah merbahaya kepada alam semulajadi, oleh itu gunakan syampu yang mengandungi bahan semulajadi.

Pilih syampu yang bersesuaian dengan jenis rambut. Jangan sembarangan membeli syampu!

Rambut kerinting atau kasar – pilih syampu yang boleh mengurangkan rambut mengerbang dan melembutkan.

Rambut lurus atau berminyak – pilih syampu lembut yang sesuai digunakan untuk cucian setiap hari.

Rambut yang diwarnakan – pilih syampu yang diperkaya dengan ekstrak asid amino.

Rambut kering – pilih syampu yang mengandungi glycerin dan kolagen untuk memulihkan semula dan melembapkan rambut.

2. Gunakan pelembap (kondisioner) mengikut jenis rambut, kepanjangan dan kerosakan akibat rawatan (pewarnaan). Menggunakan pelembap (kondisioner) selepas menyampu rambut adalah WAJIB!

3. Jangan menyikat rambut terlalu kerap. Bersikat membuatkan rambut tertarik daripada folikel, menyebabkan rambut bercabang. Menyikat rambut sebanyak 100 kali sehari boleh menggalakkan pertumbuhan rambut adalah DONGENG! Kalau tak kemana-mana, duduk kat rumah jer… lepas mandi atau cuci rambut tu kirai-kirai rambut tu dengan jari jer cukup. Tapi jangan la biar rambut mengerbang macam kak Limah pulak yer.. hehee

4. Biarkan rambut kering secara semulajadi. Selepas mencuci rambut, lap rambut secara lembut menggunakan tuala. JANGAN gosok rambut, sebab ini boleh melemahkan folikel rambut dan menyebabkan rambut kasar dan kusam. Urai / sikat secara lembut untuk meleraikan rambut kusut dan biarkan rambut sehingga kering. Elakkan guna pengering rambut.

WhatAspp

5. Trim / potong hujung rambut lebih kerap; 6 – 8 minggu sekali. Ini boleh mengurangkan masalah rambut bercabang dan ia boleh dilakukan sendiri (kalau rambut anda panjang)..

6. Lakukan rawatan rambut – jika perlu. Jangan terlalu kerap mewarnakan rambut kerana ini boleh menyebabkan rambut mudah rosak.

7. Gayakan rambut anda secara semulajadi untuk mengurangkan kerosakan rambut akibat penggayaan.

– Elakkan mengerinting, meluruskan, ‘bleaching’ atau kerap mewarnakan rambut.
– Jangan gunakan getah pengikat rambut kerana boleh menyebabkan rambut putus atau tertarik daripada folikel.
– Cuba elakkan penggayaan rambut yang diikat / dipin terlalu ketat kerana ini akan memberi tekanan kepada akar rambut.
– Biarkan saja rambut dilepaskan atau cukup sekadar memakai headband

8. Amalkan pemakanan sihat dan bekalkan nutrisi yang cukup untuk rambut. Rambut terbina daripada protein, oleh itu pastikan anda mengambil makanan seimbang yang mengandungi protein tinggi, bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran.

Pastikan anda mendapat vitamin C yang cukup (untuk menguatkan rambut), zat besi (membantu pengaliran oksigen didalam darah), zink (membina dan memperbaiki tisu) dan asid lemak omega-3 (menggalakkan pertumbuhan rambut sihat).

Di Shaklee kami menyediakan vitamin yang sesuai untuk rambut anda. Bukan saja rambut sihat malah kulit pun sihat. Bagus tak? Baiki 1 tapi semuanya sihat..

9. Elakkan stress / tekanan. Tekanan fizikal dan mental boleh mengganggu tahap kesihatan rambut dan menyebabkan rambut gugur. 

Vitamin Untuk Rambut Gugur Botak Elak Cepat Botak

Testimoni:

Rangkaian Penjagaan Rambut ProSanté

Pertanyaan/ Order

Bagi anda yang nak dapatkan rambut sihat, lebat dan menawan boleh cuba vitamin dari Shaklee. Whataspp saya di 0179416675( Linda). 

Semoga rambut anda semakin sihat, lebat & bersinar! 😉

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge